salam Jumaat..
HAri ni saya ingin berkongsi tentang mata yg sedang menangis sbb kelmarin terbaca sebuah atikel yg mmg amat menarik dan terharu setelah membacanya..dari sebuah majalah Solusi Isu No.4..ditulis oleh Fatimah Syahra Mohd Noordin. terima kasih krn menulis catatan ni..buat mata yang sedang menangis..
Terus teringat kata seorang rakanku…”..those who cried was a failed person..”.hmmm terdiam juga tatkala aku sedang menangis..rasa tercabar..sedih geram seolah2 sedang menyatakan tiada guna aku menagis sebaliknya aku perlu terus bangkit dan berjuang kalo mahu bejaya bukan menangis! statement diatas adalah subjektif sebenarnya..sebagai manusia kita perlu menangis …dan adakalanya kita x perlu terus menangis…
Bagi sesetengah pihak mereka menganggap menangis melemahkan..nangis=lemah=x berjaya terutama bagi golongan kaum adam. tetapi sedarkah anda apa erti menangis …tatkala menangis adalah satu anugerah yg juga ada faedahnya..cuma jgn terlalu lampau sedih dan menangis (meraung2 dll) berterusan sampai x boleh meneruskan kerja2 kita yg juga adalah sebahagian dari ibadah seorang muslim…malah dikhuatiri memudaratkan kesihatan kita.
Teringat seorang rakan seperjuanganku masa kami menjadi “cikgu” PLKN …dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan kami dari kem hari tu..kami seperti biasa bercerita bertukar2 pendapat..then dia menyebut mengikut psikologikal bila seseorang itu menangis jgn terus menepuk (memujuknya) belakangnya..biarkan dia habiskan dahulu tangisannya supaya dia dapat release semua perasaaanya pada ketika itu…
2 hari lalu pula saya menghantar adik sepupuku (lelaki) daftar masuk asrama. Pertama kali dia berpisah jauh dari keluarganya ke mrsm di bumi jelapang padi ni…setelah semuanya selesai kami pun mula bertolak pulang..ku lihat titisan air matanya mulai jatuh..habis mukanya kemerahan tatkala ummi dan abbinya melepaskan pelukan dan salam dengannya..MENANGIS??
Begitu juga dengan diriku tatkala aku terkenang sesuatu yg sedih..diri ini menjadi sedih dan sedih..hiba..dan tanpa diminta..malah kekdg x mahu pun…air mata tetap mahu mengalir…dibiarkan terus mengalir perlahan2 tapi dibawah kawalan…dan begitu jugalah ingatanku pada kematian..dosa …dan semuanya krn Allah..
firman Allah dlm ayat 58 surah Maryam:
” Apabila dibacakan ayat2 Allah Yang Maha pemurah kpd mereka maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis”
Lihat betapa Allah merakam mulia sebuah tangisan. Sebenarnya jika dikaji dari sudut sains sekali pun, tangisan menjadi TERAPI KESIHATAN yg berguna dalam merawat penyakit berbahaya. Macam mana tu??
1. Bila seseorang yg dalam ketakutan maka sebenarnya tubuhnya telah menjana unsur2 berbahaya. Maka air mata semula jadi membuangnya…Otak pula bekerja mengelaurkan unsur2 kimia drp air mata.
2. Tangisan juga mampu menambah jumlah degupan jantung sbgai latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua2 bahu dan urat2 dada. setelah menangis reda, degupan jantung akan kembali ke asal dan ketenangan mula menguasai jiwa. Ia merungkai kesedihan dan bebanan yg tersimpan.
3. Dengan mengalirnya air mata maka ia dapat menjernihkan kornea mata dan menajamkan penglihatan juga.
4. Malah menangis juga dapat mengurangkan tekanan & risiko mendapat penyakit. Sbb itu jika dilihat pd kebiasaannya kaum wanita lbh kerap menangis dan kajian ilmiah juga membuktikan wanita lbh panjang usia berbanding lelaki.
Subhanallah..lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah kpd hambaNya. tangisan bukan satu keaiban tapi satu keperluan. Doktor pakar mata juga menyatakan bahawa menagis penting untuk membersihkan mata daripada racun yg keluar akibat ketegangan urat saraf perasaaan dan emosi yg tak stabil.
Duhai insan sungguh bertuah engkau mampu menagis dan usah menahan tangisan sebaliknya luahkan dengan perasaan takut dan harap pada Tuhanmu. benar tangisan itu tak mampu mengulangi masa lalumu tetapi jgn biarkan tangisan itu membibitkan kabus di masa depanmu.
Anggaplah ia sebahagian drp masa sekarangmu utk melonjakkan amal dan perubahan utk hari esok!
Sesungguhnya tangisan krn Allah s.w.t. pada saat gembira atau derita ialah ubat mujarab utk mencari ketenangan hidup…dan Rasullah s.a.w. juga pernah dlm menyampaikan kalam yg Esa ” Aku haramkan neraka kpd mata yg selalu menangis krn takut kpd Allah” (Riwayat Ahmad dan al-Nasa’i)
Menangis ertinya..sedih/gembira/takut..krn Allah =)
