Salam sejahtera semua,
Tatkala hati tercetus merungut kesusahan , kekecewaan dan kesedihan yg. dialami…
nafas terasa sesak dan diikuti kepala yg. semakain serabut…
kerja2 yg. Sepatutnya dirancang tak menjadi…
makin bertambah kerja, bebanan, tanggungjawab dan keperluan…
beginilah hati seorang insan tatkala dia mula melupai ada satu kuasa yg. amat besar menguasai dunia dan juga dirinya…
adakah anda mula menjauhikan dirimu dengan penciptamu? iaitu Tuhan yg. hanya satu saja tiada lain selain Allah SWT.
Advertisement
Mengapa ini semua berlaku?
Ingatlah segala kesusahan dan sebagainya yg. berlaku kpd dirimu
adalah ujian dari Allah…Dia lebih mengetahui segala sebab dan alasannya…
Dia amat menyanyangimu, ujian yang diberi hanya sedikit sebenarnya
dan ingatlah segala cabaran dan dugaan ini hanya diberi mengikut kemampuanmu…
Dia Maha Mengetahui …disinilah bermula ujian dimana Dia mahu melihat sejauh manakah imanmu, ketaatmu, ingatanmu kepadaNya !!
Jika kita tidak mahu Allah melupakan (melindungi dan mengasihi) kita walau sesaat dan sedetik sekalipun maka kamu juga sepatutnya mengingati dan merindui Allah SWT setiap masa tak kira dimana jua dan apa jua yang engkau lakukan pada ketika ini…
Ya Allah berikan aku kekuatan untuk terus bernafas dan berjihad di jalanMu yang sangat indah ini…adDeen Islam
By: nurhidayatharun on 23 October 2009
at 9:10 AM