Posted by: nur | 24 October 2009

mata melihat…hati mentaksir..

Salam..

Kerisauan datang ketika teringatkan nasib masyarakat sekarang… zaman globalisasi

yups, banyak orang cakap mudah sbb dgn konsep langit terbuka semua org dapat bertukar maklumat dengan cepat dan menjimatkan. Tapi AWAS mudah juga jalan ke neraka! nauzubillah…kenapa? Jika ada sesetangah berkata berkurung dirumah mengurangkan dosa maksiat dan sebagainya. Tapi dunia hari ini…dengan adanya kemudahan perkhidmatan internet di rumah tak da mustahil juga penyataan tadi salah dan kan bertukar…duduk di rumah (dengan melayari internet) mengundang bahana dan dosa yang lagi banyak!

hmmm…betul ker?

betul jika tiada jati diri dan iman yang kuat dalam seorang insan sebab jika diperhatikan banyak sangat laman2 web yang mendedahkan gambar2 yang tidak senonoh lagi menjijikan. Tak payah ke laman porno (lucah) pun seseorang itu akan terlihat mahu atau tak mahu sepanjang proses mencari maklumat yang dikehendaki…malah tak kurang juga iklan yg disisipkan ke laman2 web hari ini, banyak terkandung gambar2 yg. memang sepatutnya tak boleh lihat, kurang elok untuk mental malah haram dilihat tapi kan terpandang oleh mata manusia yg manggunakan perkhidmatan konsep langit terbuka hari ini.

INTERNET yang mencetuskan evolusi ini…internetkah bersalah?? MANUSIA ? sebagai manusia yang mengawal polisi dan tatacara segala isi kandungan dalam internet sepatut perkara2 ini boleh dikawal kerana manusia yang membuatnya bukan internet yang mengeluarkannya. Sememangnya jika dilihat kini adanya teknologi web services yg mengawal respon dalam konsep globalisasi maka ramai yg menuding jari kearah itu…tapi sedarlah bahawa semua yang automatik ini sebenarnya dikawal oleh manusia. Oleh insan yang mempunyai kuasa yang dapat mengawal segala aktiviti dalam request and respond sesuatu maklumat dalam internet. SIAPAKAH dia??

Dia adalah manusia yang bertopengkan syaitan yang mahu musnahkan manusia dan mencipta peraturannya sendiri bagi kepentingan dirinya dan sekutunya. Dia tidak mahu INTERNET dunia dikawal dengan peraturan yang Tuhan telah adakan.

Renungkanlah jika hari ini ibu bapa risau anak2 terdedah dengan segala aktiviti tak bermoral, maka fikirlah bagaimana mahu mengubah punca utama (akar internet) disamping tindakan2 lain yg kecil yg sedang kita dan org2 yg bertanggungjawab laksanakan.

Maaf jika saya kata2 ini melukakan dan menaikan kemarahan sesetangah pihak tapi cubalah fikirkan sesuatu yang boleh mangubah nasib kita semua dan generasi yang akan datang. Misalnya, jika ada ibu bapa mahu anak2 jadi artis, didiklah dia menjadi artis yang mengikut lunas2 Islam sebab ini adalah yang terbaik..ada ker? boleh ker? ADA, BOLEH …“kita yg buat dia bukan dia yang buat kita”. Jika mahu lihat anak kita jado seoarang pengurus media massa semailah dia dengan nilai2 murni Islam agar dia tidak akan terbitkan sesuatu yang boleh merosakkan minda masyarakat kelak dengan kuasa media masa yang dia ada esok. Jika dia mahu menjadi perancang iklan maka jadilah dia seorang yang berani menegak kebenaran Islam agar tiada lagi iklan dapat info produk dan percuma dosa (kegairahan syahwat melebihi keinginan produk)..rasanya semua orang yang membaca boleh berfikir sendiri contoh2 iklan hari ini bagaimana kebanyakkannya kan… wallahualam

Oleh itu, marilah sama2 kita berusaha mengharmoni dunia ini dengan ilmu, kemahiran dan perbuatan yang bermanfaat lagi menguntungkan semua pihak. Sesungguhnya hanya peraturan dan panduan Islam dari Allah adalah yang terbaik dulu, kini dan selamanya.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.