Assalamualaikum..
Malam ini still bersemangat nak membelek buku2 yang dipinjam dari library petang tadi sebab nak kena tebus balik penat dan masa ke library tengah hujan, then kena panjat tangga2 hingga ke level 5, mencari buku2 yang dikehendaki sampai mcam nak binau mata…hehehe dah tu turun2 nak self check book x boleh gara2 denda lama tak ditunai lagi. Terpaksa jugalah tambah nilai MEPS dalam mykad.
Bayangkan dengan terpaksa membawa 7 buah buku2 tebal (extra bacaan saja) yang entah belum pasti dapat menghabiskannya sebelum membuat presentation kesimpulan semua isu2 utama minggu depan, denganberbekalkan kurniaan Allah sepasang tangan dan kaki menuruni tangga2 yang boleh dikatakan hampir 7 tingkat tingginya menuju ke kereta. Dah tu parking betul2 depan papan tanda clamp zone! Memang saja mengambil risiko, nasib baik x kena saman. Teraniayakah sebab dapat sumber yang kononnya dapat meneruskan pinjaman buku walau masih ada denda lama tak selesai lagi…hmmm…salah siapalah ni??
Sebenarnya, tajuk diatas mahu berkongsi tentang kisah segelinter masyarakat kita hari ini yang tidak mahu berilmu dahulu sebelum melakukan sesuatu yang memerlukan pengetahuan/ilmu. Benda dah jadi bubur memang tidak boleh nak buat apa lagi melainkan kata2 yang terhambur keluar samada dengan nada marah atau dengan tujuan menasihati untuk dijadikan panduan masa hadapan.
Kisahnya…bermula apabila ada orang minta saya semak samada account MLM (multi level marketing) under..@$#!(dirahsiakan nama syarikat MLM ini) yang dia masuk suatu ketika dahulu ada duit atau tidak melalui internet. Malangnya apabila saya bersoal jawab dengan hamba Allah ini, dia mengakui yang dia tidak tak tahu apa2 sangat tentang hal ini! Ya Allah macam mana dia boleh join this group jika dia tidak pernah faham apa sebenarnya dan bagaimana ia beroperasi?
Bukan niat hendak mengaibkan sesiapa tetapi perkara begini bukan kali pertama dan bukan seorang ini saja teraniaya tetapi ramai yang gagal dalam mencari kekayaan yang kononnnya dijanjikan cepat dan mudah.
Tiada satu pekerjaan pun di dunia ini yang mudah melainkan kita berusaha dan dengan izin Allah… jika mahu bergoyang kaki dan buka mata esok pagi check baki dalam account bank bertambah, maka itu semua ada yang tidak kena atau lebih layak lagi dikatakan semua itu hanyalah mimpi di siang hari melainkan dia ada usaha untuk merealisasikannya..insyaAllah.
![]()
Terkejut saya apabila meneliti penyata terakhir si pulan ini adalah 2 tahun yang lepas dan lesen yang dia dapat pun sudah expired beberapa bulan yang lalu. Apabila ditanya2 lagi rupa2nya mereka ini terpengaruh dengan kata2 seorang kenalan yamg datang ke rumah mereka dan menjanjikan pendapatan yang amat lumayan dengan menyertai this business. Mereka pula hanya sekali bayar duit (pendaftaran) terus biar dan tunggu dengan harapan duit akan masuk (walaupun mereka tahu kena cari orang bawah lagi tapi tak diusahakan- konsep MLM memang la mcam ni tak kiralah syarikat mana pun). Kononnya macam buat pelaburan tapi ya Allah nasib baik dia bukan adik beradik saya kalo tak dah lama panas telinga kena sembur bahana dariku akibat kecuaian dan ketidakcerdikkannya melakukan perkara sebegini. Bukan melibatkan sepuluh dua ringgit tetapi melibatkan 4 angka yang dia sudah keluarkan dalam 2 kali pembayaran saja…pulangan kosong!! Orang yang memperkenalkan business ini pun entah menghilang kemana.
Jika upline (orang yang memperkenal & bertanggungjawab mendaftarkan mereka ini) seoarang yang berhati mulia lagi ikhlas perkara begini tak kan berlaku seteruk ini.
Kepada mana2 pihak yang ingin mencari rezeki dan kemewahan, lakukan dan dapatkanlah sumber rezekimu dengan cara yang baik dan tidak merugikan mana2 pihak. Kasihani mereka terutama yang kurang pandai dalam hal2 begini. Janganlah anda jadikan mereka mangsa keadaan yang anda cipta sendiri. Dalam hal ini saya ambil contoh kisah MLM , jika mahu menambah downline anda, maka lepas dapat pimpinlah mereka2 ini sehingga berjaya seperti anda juga dan generasi seterusnya. Jika ada unsur2 yang tidak elok maka tinggalkan segala aktiviti itu.
Ingatlah duit/rezeki yang kita dapat akan menjadi penentu ketenangan dan keberkatan hidup kita. Jika ada unsur2 yang tidak elok , maka anda dan orang sekeliling anda ( keturunan ) juga akan ada unsur2 yang tidak elok.
Bagi yang jadi mangsa jangan pula hanya nak salahkan orang lain sebaliknya renungkan semula apa salah anda pula? Ilmu Allah tidak akan habis tetapi tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad sekalipun.