Bismillah…
Tidak tahulah nak jadi apa dengan kebanyakkan manusia2 di era gelombang ICT hari ini. Takut apabila melihat orang sekarang terutama pemuda pemudi kini dengan bangganya mendedahkan segala keaiban dan perbuatan terkutuk mereka kepada dunia!
Ya Allah teruk sangatkah? Jahil sangatkah? Sampai mereka tidak ada langsung perasaan malu kepada dunia dan takut kepadaMu.
Dimana2 saja seperti friendster photo, facebook dan pelbagai lagi social network lain yang dulu digunakan untuk meluaskan kenalan dan berhubung dengan rakan2 dengan cara baik dan “terhormat”, kini ada manusia2 tertentu begitu melampau meletakkan gambar2 yang amat tidak sopan lagi menjijikkan bagi tatapan umum…Malah kini perbuatan seperti ini bukan hanya lelaki malah perempuan juga terlibat tanpa berfikir kejatuhan maruah diri mereka dan nilai martabat wanita yang diangkat di dalam Islam. Nauzubillah…
Sedar ker tak perbuatan mereka itu boleh mengundang pelbagai bahana lain seperti bertambahnya maksiat, kes2 jenayah dan sekaligus merosakkan minda, akidah dan iman anak2 watan hari ini. Maka semakin meningkatlah kadar kes juvana, kes jenayah dan masalah keruntuhan akhlak terutama dikalangan anak muda yang bakal memimpin dunia esok hari.
salam, dayat…
amboi blog smpai 2…he he..reply to ayu: for testing using different “platform” & “topic”
sukran jazilan…=)
By: ayu zamani on 8 November 2009
at 12:09 AM