Salam Aidiladha kpd kaum muslimin…
Sempena raya korban sering kali kita diingatkan tentang peristiwa Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya kerana perintah dari Allah. Dan kemudiannya Allah telah menggantikan dengan seekor kibas disaat Nabi Ibrahim mahu menyembelih anaknya..lihat betapa Allah Maha Kuasa. Allah telah menguji Nabi Ibrahim dan disebabkan keikhlasan dan ketaatan Nabi Ibrahim akan perintah Allah maka diberi gantian yg tidak langsung disangkakannnya. Sungguh Nabi Ibrahim benar2 ikhlas dan redha serta akur dengan perintah ini mahupun hatinya amat berat sekali untuk mengorbankan anak kesayangannya yg baru dijumpa setelah hilang begitu lama…
Advertisement